Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara diwujudkan sebagai suatu mekanisme pelaksanaan dasar berkaitan warga emas dan penuaan penduduk. Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sekretariat kepada Majlis ini yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Peranan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara:
i. Menyelia pelaksanaan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara
ii. Membangunkan program dan strategi untuk mendidik masyarakat bagi meningkatkan kesedaran berhubung dengan warga emas
iii. Membuat syor kepada kerajaan mengenai penjagaan, perlindungan, pembangunan dan kesejahteraan warga emas
iv. Mengesyorkan kepada kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan juga mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin kesejahteraan warga emas
v. Menasihati kerajaan mengenai isu-isu warga emas termasuk perkembangan di peringkat antarabangsa, mengumpul data dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan berkaitan warga emas
- YBhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff – Presiden, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG)
- YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye – Pengerusi, Pertubuhan Ikatan Selamat
- YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Ibrahim – Mantan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia
- YM Dato' Dr. Tunku Muzafar Shah bin Tunku Jaafar – Ketua Perkhidmatan Geriatrik, Hospital Selayang
- YBhg. Datuk Dr. Soon Ting Kueh – Presiden, Majlis Kebangsaan Persatuan-Persatuan Warga Kanan Malaysia (NACSCOM)
- YBhg. Datuk Dr. Mohd Yusoh bin Md. Haslam Khan – Pengarah Filem, Skop Productions Sdn. Bhd.
- YBhg. Dato' Mohd Rashidi bin Mohd Nor – Timbalan Presiden, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
- YBhg. Prof. Dr. Shahrul Bahyah binti Kamaruzzaman – Pakar Perunding Geriatrik Kanan, Pusat Perubatan Geriatrik Universiti Malaya
- YBrs. Prof. Madya Dr. Rahimah binti Ibrahim – Pengarah, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia
- YBhg. Prof. Madya Dr. Ling How Kee – Pensyarah, Pusat Kecemerlangan Kajian Kurang Upaya, Universiti Malaysia Sarawak
- YBhg. Prof. Dr. Kathir Kamananathan Vytialingam – Mantan Dekan, Perdana University School of Occupational Therapy
- YBrs. Dr. Tee E Siong – Tokoh Warga Emas Kebangsaan 2025
- YBrs. Encik Cheah Tuck Wing – Pengasas, Third Age Media Association (TAMA)
- YBrs. Encik Suhaili bin Riman – Timbalan Presiden, Persatuan Pesara Kerajaan Sabah
- YBrs. Encik Zulkifli bin Ismail – Setiausaha Agung, Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia
- YBrs. Encik Zainal Abidin bin Yahya – Pengerusi, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Putrajaya



